Extended Network Banners

RUMAH BERHANTU???MyEm0.Com


*sumber Google


Alkisahnya begini...
ada sorang kawan ni,
dia dah duduk rumah tu hampir 5 tahun..
kemudian, disebabkan tugas..dia terpaksa
berpindah ke satu bandar lain..
sebelum dia berpindah, dia ada meninggalkan pesan pada aq
bahawa jika ada sesiapa ingin duduk di rumah tersebut,
 harus menerima 'kawan' dia yang sudah menjadi
temannya selama ini..
disebabkan dia bujang..jadi aq fikir itu hanya gurauan..
tetapi dia menegaskan bahawa dia tidak bergurau..



Bila saya bertanya,
 dia pun mula bercerita tentang pengalamannya 
selama hampir 5 tahun yang duduk berseorang (hanya di mata kasar kita)
tetapi bertemankan 'kawan' itu...
pada mulanya dia memang takut, tapi disebabkan 
tiada rumah lain selain daripada rumah tersebut,
dia pun redha dan berharap 'kawan' tidak mengganggunya..
memang 'kawan' tidak mengganggu, tetapi terkadang 'kawan' menonjolkan 
diri dengan rupa yang tidak kelihatan..
kadang2..dia juga terdengar suara anak kecil memanggilnya 'abah'...
ada sekali kejadian berlaku lebih kurang jam 3.00 pagi..
dia terjaga kerana terdengar bunyi2 seperti orang sedang memasak di dapurnya
dengan bau masakan yang harum...
tapi bila dia pergi melihat...tiada apa pun yang berlaku di dapurnya..
dan dapur masih dalam keadaan baik...


Setelah dia berpindah,
aq pun memberanikan diri untuk pergi melihat keadaan rumah tersebut...
kerana katanya, sebelum dia keluar dari rumah itu, dia sudah
mengemas dan membersihkan rumah tersebut..tetapi..
apabila aq masuk saja..ffuuuhhhh...
keadaaan yangsgt teruk...barang2 dalam bakul plastik berhamburan..
sangat2 kotor...
Wallahualam~~~~